Bismillahirahmanirahim

Salam sejahtera dan salam satu Malaysia,


Assalamuaikum warahmatullahi wabarokatuh,

Alhamdulilah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana atas limpah kurnia dan inayah-Nya, Sekolah Kebangsaan Kechor Tui dapat menyediakan laman bagi memaparkan sebarang aktiviti dan maklumat mengenai sekolah ini. Rakaman terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah berusaha untuk menghasilkan laman ini.


Melalui laman ini sekolah dapat mendekatkan diri dengan masyarakat luar sekolah sesuai dengan zaman teknologi maklumat supaya sekolah tidak ketinggalan dalam arus perdana yang menjadi sebahagian daripada kehidupan masa kini.


Sama-samalah kita berusaha dengan gigih untuk memacu kegemilangan Sekolah Kebangsaan Kechor Tui ini. Semoga usaha murni ini mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT.



Terima kasih.

ROSLAN BIN ABDUL LATIFF
GURU BESAR SK KECHOR TUI.




Di sediakan Oleh SKKT